Alhamdulillah syukur kerana Allah s.w.t. masih memberi kita nyawa untuk hidup pada tahun hijrah yang baru untuk terus menjadi hamba-Nya di muka bumi ini.
Di samping itu, kita masih diberi kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosa yang telah lalu dan terus beribadat dan mengabdikan diri pada yang Maha Esa.
Namun, harus kita fikir-fikir dan renung-renungkan kembali adakah amalan-amalan pada tahun sebelumnya cukup sempurna.. jikalau tidak, mohonlah agar segala amal ibadat yang telah dilakukan diterima dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
Lakukanlah penghijrahan kita, baiki kekurangan diri dan terus beristiqomah dalam melakukan amal ibadat dalam kehidupan harian.
Ana dengan kesempatan ini ingin memohon beribu keampunan andai ada terkasar bahasa, terguris hati atau apa saja kekurangan diri dalam penulisan ana yang tidak seberapa ini.
Ana juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH buat semua sahabat-sahabat, muslimin & muslimat. Moga kita semua berada dalam keberkatan Allah swt.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar